Selasa, 27 Mac 2012

Sukaneka Sempena Hari Kesihatan Peringkat Rancangan

Hari Kesihatan Peringkat Rancangan anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 15 telah diadakan pada 29 Februari 2012. Pelbagai acara dan pertandingan diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan masakan dan sebagainya yang berkaitan dengan kesihatan. 




Selain itu, Pelancaran Program 10 Ribu Langkah berjalan kaki juga turut diadakan pada hari tersebut. Penglibatan peserta dalam program tersebut melibat pelbagai golongan seperti kanak-kanak tabika, murid sekolah, belia, peneroka, penerokawati dan seluruh masyarakat Jengka 15.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15 juga mengambil kesempatan mengadakan acara sukaneka khasnya untuk para belia dan beliawanis bagi memeriahkan lagi program Hari Kesihatan tersebut.





2 ulasan:

  1. Assalammualaikum. Saya Zahirah dari UTM Skudai Johor Bharu. Pihak kami dari fakulti kejuruteraan kimia dan tenaga, UTM akan mengadakan program ekspedisi biodiesel di 3 buah negara termasuk Malaysia. Antara destinasi yang akan kami pergi ialah Felda Jengka 15. Oleh itu,kami ingin berkerjasama dengan persatuan belia ini dalam menjalankan program kami disana. Sehubungan itu,saya ingin dapatkan contact number mana-mana ahli persatuan belia ini sekiranya bersetuju untuk bekerjasama dengan kami.

    BalasPadam