Khamis, 22 Mac 2012

Lawatan Belia Jengka 15

Pada 18hb Februari 2012, Persatuan Belia MBFM Jengka 15 telah mengadakan lawatan ke Negeri Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu antaranya Masjid Terapung, Pasar Payang, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Noor Arfa Batik, Pantai Batu Buruk dan sebagainya. Dalam masa satu hari, rasanya tidak sempat untuk kami lawati keseluruhan Negeri Terengganu yang kaya dengan pelbagai khazanahnya. Kecantikan pantai dan kesedapan keropok lekor tidak puas bagi kami menikmatinya, rasanya masa berlalu begitu pantas.

Ucapan terima kasih kepada Abg Mat (Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15 sesi 2010-2012) yang telah membuat lawatan ke Negeri Terengganu sebelum Mesyuarat Agung Persatuan Belia Jengka 15 diadakan untuk perlantikan baru. Dengan adanya lawatan ini, ianya merupakan sumbangan terakhir Abg Mat dalam Persatuan Belia MBFM Jengka 15 ini. Lagipun beliau telah mencecah umur 42 tahun dan berakhir tugasan beliau dalam mentadbir persatuan belia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan