Jumaat, 30 Mac 2012

KURSUS KOMPUTER

Tarikh   : 18hb Mac 2012
Masa     : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan JKKK Jengka 15
Anjuran : Persatuan Belia MBFM Jengka 15

Tujuan utama kursus komputer ini diadakan untuk memupuk belia yang aktif, memperkenalkan ICT kepada belia/ beliawanis, mewujudkan kerjasama di antara belia/ beliawanis dan memperkenalkan kepentingan ICT supaya tidak ketinggalan.
Penyertaan dibuka khasnya kepada para belia/ beliawanis tetapi selain itu, penyertaan juga diterima kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Anggaran awal penyertaan adalah seramai 30 orang sahaja tetapi mendapat sambutan yang baik dari peserta kursus iaitu seramai 40 orang yang mendaftarkan diri. Yuran penyertaan hanya RM 10.00 sahaja dikenakan.

Sistem pengajaran disampaikan oleh 2 orang tenaga pengajar dan peserta didedahkan dengan pembelajaran tentang pengenalan komputer, asas komputer, blog dan photo editing. Peserta kursus juga diajar seperti pertandingan dan diberi hadiah saguhati kepada mana-mana kumpulan yang menang.





Selasa, 27 Mac 2012

Sukaneka Sempena Hari Kesihatan Peringkat Rancangan

Hari Kesihatan Peringkat Rancangan anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 15 telah diadakan pada 29 Februari 2012. Pelbagai acara dan pertandingan diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan masakan dan sebagainya yang berkaitan dengan kesihatan. 




Selain itu, Pelancaran Program 10 Ribu Langkah berjalan kaki juga turut diadakan pada hari tersebut. Penglibatan peserta dalam program tersebut melibat pelbagai golongan seperti kanak-kanak tabika, murid sekolah, belia, peneroka, penerokawati dan seluruh masyarakat Jengka 15.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15 juga mengambil kesempatan mengadakan acara sukaneka khasnya untuk para belia dan beliawanis bagi memeriahkan lagi program Hari Kesihatan tersebut.





Khamis, 22 Mac 2012

Lawatan Belia Jengka 15

Pada 18hb Februari 2012, Persatuan Belia MBFM Jengka 15 telah mengadakan lawatan ke Negeri Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu antaranya Masjid Terapung, Pasar Payang, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Noor Arfa Batik, Pantai Batu Buruk dan sebagainya. Dalam masa satu hari, rasanya tidak sempat untuk kami lawati keseluruhan Negeri Terengganu yang kaya dengan pelbagai khazanahnya. Kecantikan pantai dan kesedapan keropok lekor tidak puas bagi kami menikmatinya, rasanya masa berlalu begitu pantas.

Ucapan terima kasih kepada Abg Mat (Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15 sesi 2010-2012) yang telah membuat lawatan ke Negeri Terengganu sebelum Mesyuarat Agung Persatuan Belia Jengka 15 diadakan untuk perlantikan baru. Dengan adanya lawatan ini, ianya merupakan sumbangan terakhir Abg Mat dalam Persatuan Belia MBFM Jengka 15 ini. Lagipun beliau telah mencecah umur 42 tahun dan berakhir tugasan beliau dalam mentadbir persatuan belia.


Rabu, 21 Mac 2012

Mesyuarat Agung Persatuan Belia MBFM Jengka 15

Persatuan Belia MBFM Jengka 15 telah  mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2012-2014 pada 27.02.2012 (Isnin), jam 8.30 malam bertempat di Dewan JKKK Jengka 15, kehadiran seramai 58 orang. Tujuan utama mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan dan perlantikan AJK Persatuan Belia MBFM Jengka yang baru.

Ucapan tahniah kepada pengerusi baru Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15 MOHD HAFIZ MAT SHAH dan jentera Ahli Jawatankuasa yang terpilih dan dilantik untuk mentadbir urus persatuan bagi sesi 2012-2014.

Kehadiran Tuan Pengurus Felda Jengka 15 (Encik Abd Rasib Che Awang) dan Pengerusi JKKK Jengka 15 (Encik Adnan Hj Darus) yang turut hadir sama ke mesyuarat agung tersebut telah membuktikan sokongan kuat bagi membantu Belia Jengka 15 lebih maju dan berdaya saing.

Semoga dengan ada perlantikan baru AJK ini, dapatlah sama-sama berganding bahu menjaya dan memajukan Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 15.


HIDUP BELIA FELDA JENGKA 15 !!!!!